Kita semua ingin menjadi seorang forex trader yang konsisten profit.
Tetapi, masih ramai lagi di kalangan kita yang masih belum mampu konsisten dalam Forex Trading. Malahan, statistik menunjukkan 95% trader masih lg tergolong dalam kategori pendepo tegar.
Malahan, mengikut kertas kajian di bawah, hanya 2% sahaja forex trader yang mampu untuk konsisten profit.
“The Cross-Section of Speculator Skill: Evidence from Taiwan” is a research paper by Barber, Lee, Liu and Odean published on 14th February 2011 on the Social Science Research Network. Using data from the Taiwanese Stock Exchange, the performance of day traders over the 15 year period 1992-2006 was evaluated. The following quote on page 13 is particularly relevant: “In the average year, 360,000 individuals engage in day trading. While about 13% earn profits net of fees in the typical year, the results of our analysis suggest that less than 2% of day traders (1,000 out of 360,000) are able to outperform consistently.”
Jika anda masih berada di dalam kategori forex trader yang gagal, sampai bilakah anda akan terus bertahan dengan kerugian yg semakin meningkat?
Ada banyak punca yang menyebabkan kita masih gagal. Jom kita lihat, adakah anda memiliki ciri-ciri yg saya senaraikan di bawah.
Diharap selepas mengenalpasti masalah yg disenaraikan ini, kita dapat sama-sama memperbaiki diri.
#1 - Tamak
Apabila tamak menguasai diri, ianya akan membuat kita hilang pertimbangan diri.
Bagaimana untuk mengenalpasti masalah tamak dalam Forex? Adakah anda sering memasang entry berlayer-layer tanpa sebab yg kukuh?
Kemudian, lot size yg dipasang pun semuanya lot gajah. Akibatnya? Jika bernasib baik, mungkin anda akan untung besar. Tetapi, jika sebaliknya, sudah tentu akaun anda Margin Call.
#2 - Risk To Reward Ratio Terlalu Kecil
Dalam setiap entry yang kita pasang, pastikan yang kadar untung adalah sekurang-kurangnya bersamaan atau dua kali ganda dari kerugian yang bakal berlaku sekiranya entry terkena stop loss.
Dengan cara itu, walaupun loss 2 kali berturut-turut dan profit pada kali yang ketiga, keuntungan anda itu dapat digunakan untuk cover loss dari 2 position sebelumnya.
Dengan menggunakan nisbah risk to reward ratio yang bersesuaian, anda mempunyai kelebihan untuk profit dalam jangka panjang.
#3 - Tiada Stop Loss
Tiada yang pasti dalam Forex trading dan banyak faktor yang mungkin akan menyebabkan pasaran tiba-tiba bertukar arah.
Jadi jangan la confident sangat sampai tak ada pasang stop loss, bila floating besar atau margin call nanti siapa yang susah, betul tak?
Pastikan setiap entry yang dipasang tu ada stop loss baru la jiwa lebih tenang semasa trading.
#4 - Tak Set Nilai Take Profit
Sebuah entry tanpa take profit adalah seperti menaiki kereta tanpa sebarang tujuan.
Anda memandu seharian tanpa hala tuju dan destinasi yang pasti. Buang minyak kereta je driving mcm tu.
Penting untuk kita set di mana kita ingin Take Profit ketika trade forex kerana ini secara tidak langsung dapat membantu kita berfikir dengan sepenuhnya di mana untuk memasang pending order.
#5 - Gagal Dalam Money Management
Ini merupakan antara kesilapan paling teruk dan biasa dilakukan ramai trader. Simptomnya boleh dilihat apabila trader berkenaan memasang banyak layer untuk satu posisi.
Mungkin ada teknik yang menggunakan layer untuk tujuan averaging, tetapi sekiranya anda silap langkah dan entry berkenaan tidak reverse seperti yang diharapkan, ada kemungkinan modal di dalam account tidak mampu menampung posisi yang anda pasang dan mengakibatkan loss atau lebih teruk lagi, margin call.
Bila trade dengan menggunakan money management yang betul, kita tak perlu terkejar-kejar dengan market & gelojoh untuk trade.
Klik sini untuk baca perkongsian saya tentang cara jaga MM supaya anda dapat trade dengan lebih tenang selepas ini.
#6 - Bergantung Pada Nasib
Jika anda menggunakan teknik “harapan” semasa trading, anda sebenarnya sedang berjudi, dan bukannya trade Forex.
Elakkan daripada meluangkan terlalu banyak masa melihat chart jika anda sedang sibuk dan tidak pasti apakah trend sebenar pasaran.
#7 - Tidak Fokus Dengan Satu Teknik
Ini satu lagi masalah trader yang biasa terjadi di luar sana. Terlalu mengejar teknik dan holy grail dalam forex trading. Hakikatnya, semua teknik ada pro & con masing-masing.
Luangkan masa untuk mengenalpasti apakah kekuatan dan kelemahan teknik yang anda gunakan. Dengan cara itu, anda akan tahu bagaimana bilakah masa yang sesuai untuk entry atau stay aside saja.
#8 - Teragak-agak untuk Entry
Jika anda rasa teragak-agak untuk entry, lebih baik stay aside saja dulu. Jangan la takut rugi sebab tak ada entry. Lagi sedih kalau pasang entry terburu-buru dan entry terkena SL, kan?
Tunggu sehingga dah betul-betul yakin ada setup berdasarkan rules dari teknik yang anda pelajari barulah entry, ok?
Kalau setup dah valid berdasarkan teknik yang anda gunakan, jangan tengok je. Entry lah dengan penuh keyakinan. Yang penting, jaga MM dan setkan risk untuk entry tu kepada nilai risk yang kita boleh terima.
#9 - Tidak Sabar
Ramai juga trader yang tidak dapat sabar dan menunggu sehingga setup sudah betul-betul valid sebelum melakukan entry.
Cuba tunggu sehingga Candlestick selesai dahulu dan pasang entry setelah candlestick baru telah bermula, itupun jika ada setup yang valid.
Jangan la cuba jadi ahlil nujum semasa trade Forex ni, buruk padahnya nanti.
#10 - Silap Pilih Pair
Ada banyak pair yang anda boleh pilih dari Meta Trader. Bagi newbie, saya cadangkan sebaiknya fokus dulu dgn major pair seperti EUR/USD dan juga GBP/USD. Bila anda trade dengan exotic pair, spread nya besar dan mungkin akan mendatangkan masalah untuk anda jika teknik yang digunakan merupakan teknik scalping.
Itu saja perkongsian saya untuk kali ini. Diharap agar ianya bermanfaat dan membantu trader-trader yang baru ingin belajar selok-belok dunia forex trading.