Bagaimana Untuk Mendapatkan Gain 10% Sebulan?

Hari ini kita akan kongsikan satu tips atau idea yang rakan trader di luar sana boleh cuba praktikkan untuk mendapatkan gain sebanyak 10% sebulan.

Tetapi sebelum kita nak dapatkan gain sebanyak 10% sebulan dari aktiviti forex trading kita, kita harus ada satu mekanisma untuk memantau prestasi trading kita secara rutin. Apabila kita membuat pemantauan yang betul untuk setiap trading kita, barulah kita boleh tahu apa kesilapan yang kita telah lakukan semasa entry & bagaimana untuk mengelakkan diri dari melakukan kesilapan yang sama di entry akan datang.

Jadi bagaimanakah kita boleh memantau akaun trading kita? Dalam post kali ini, saya akan kongsikan 2 tips yang setiap forex trader harus amalkan jika ingin trade secara professional.

Image by Gerd Altmann from Pixabay

Harus Ada Trading Plan

Perkara pertama dan yang paling mudah anda boleh lakukan ada dengan mempunyai sebuah trading plan semasa trading forex.

If you fail to plan, you are planning to fail

Dalam sesebuah trading plan, anda perlu menyatakan beberapa perkara berikut:

  • Berapakah Jumlah Profit Yang Ingin Dicapai
  • Bila Untuk Entry & Exit
  • Berapa % Dari Akaun Sebagai Risk
  • Gunakan Risk to Reward Ratio Minima 1:2

Contoh Trading Plan Untuk Intraday Warrior Copytrade

Target Growth: 10% Per Month
Risk to Reward Ratio = 1:2
Setiap Entry Menggunakan Risk 1% Dari Jumlah Akaun:

  • Jika SL, Loss 1%
  • Jika TP, Profit 2%

Contoh Risk / Reward:
Kira dahulu berapa maksimum SL untuk entry, contohnya 40 pips.
Jika Risk = 40 pips
Maka Reward = 2 x Risk = 2 x 40 pips = 80 pips

Kiraan Saiz Lot
Jika Risk = 40 pips & Saiz Akaun Adalah $20,000
Gunakan 1% dari akaun = $200 sebagai max risk.
Saiz Lot Untuk Entry = $200 / 40 pips = $5

See also
Berapa Modal Ideal Trading Forex?

Contoh kiraan gain bulanan dengan anggaran 5 entry seminggu dengan win ratio 50%
5 Entry x 4 minggu = 20 Entry Sebulan
10 Entry Hit TP & 10 Entry SL
= (10 * 2%) – (10 * 1%)
=20% – 10%
= 10% Profit Sebulan

Contoh kiraan gain bulanan dengan anggaran 5 entry seminggu dengan win ratio 75%
5 Entry x 4 minggu = 20 Entry Sebulan
15 Entry Hit TP & 5 Entry SL
= (15 * 2%) – (5 * 1%)
=30% – 5%
= 25% Profit Sebulan

Dengan melihat contoh kiraan di atas, anda dapat lihat bahawa kita perlukan sebuah trading strategy dengan kadar kemenangan, atau win-rate sekurang-kurangnya 50% dan ke atas. Jika teknik yang anda gunakan sekarang tidak memberikan win-rate yang anda inginkan, mungkin anda boleh buat sedikit ujikaji untuk meningkatkan win-rate anda.

Kadang-kala, mungkin anda hanya perlu tukar jenis timeframe kepada timeframe yang lebih besar. Misalnya, jika sebelum ini anda gunakan teknik tersebut untuk scalping, mungkin anda boleh cuba di akaun demo dulu jika teknik yang sama akan memberikan win-rate yang lebih tinggi jika anda tukar kepada intraday atau swing trading.

Tetapi, bagaimana untuk memastikan yang kita betul-betul mengikuti trading plan yang kita telah buat sebelum ini?

Image by Pavlofox from Pixabay

Wajib Gunakan Trading Journal

Dengan menggunakan trading journal untuk merekodkan setiap entry, kita dapat melihat dengan lebih jelas apa yang kita lakukan sepanjang masa kita trading. Penggunaan trading journal dapat membantu kita untuk menjadi seorang forex trader yang berhemat.

Pastikan anda catat beberapa perkara berikut:

  • Currency pair yang digunakan
  • Sebab untuk entry, adakah ianya mematuhi trading plan yang telah anda buat sebelum ini?
  • Berapa nilai risk to reward ratio
  • Di mana kedudukan SL dan TP?
See also
FOMO Pemusnah Kareer Forex Trader

Catatan sekiranya entry anda terkena Stop Loss.

  • Berikan pendapat kenapa ianya kena SL dan bagaimana untuk memperbaiki entry di masa akan datang.
  • Bilakah waktu yang sesuai untuk menukar SL kepada price yang Break-Even?

Catatan sekiranya entry anda sampai ke price Take Profit.

  • Lihat sejauh mana price pergi sebelum ianya bertukar arah.
  • Cuba kaji bagaimana untuk memaksimakan profit di masa akan datang.

Diharap dengan perkongsian kali ini, anda akan dapat memperbaiki lagi prestasi trading anda untuk masa mendatang dan dapat membantu anda untuk mendapatkan gain sekurang-kurangnya 10% sebulan.

Jika anda rasakan ada apa-apa yang perlu saya tambah, boleh tinggalkan komen & saya akan update artikel ini jika ianya relevan dengan topik yang kita kongsikan.

Untuk bacaan berkaitan…

Daftar Akaun Anda Di Sini

Latest News

Daftar Akaun Anda Di Sini