Dalam artikel kali ini, saya nak kupas sedikit topik berkenaan dengan kalendar ekonomi dan terangkan bagaimana untuk trade economic news atau berita ekonomi.
Anda juga boleh klik di sini untuk tonton video tentang topik yang sama di youtube.
Berita ekonomi ni ada dua jenis. Jenis yang paling biasa dan yang kita boleh ambil langkah berjaga-jaga adalah berita yang memang telah dijadualkan di dalam kalendar ekonomi.
Kalendar ekonomi menunjukkan berita atau siaran data yang dijadualkan berkaitan dengan ekonomi dan pasaran kewangan. Contohnya angka pertumbuhan baru KDNK atau keluaran dalam negara kasar, kadar pengangguran, nilai non-farm payroll atau NFP terkini, dan keputusan kadar faedah – ini adalah semua contoh tentang apa yang anda dapati pada kalendar ekonomi.
Jenis yang kedua pula adalah berita berunsur geopolitik seperti perang, bencana alam, pergolakan politik dan juga pilihanraya.
Dalam video ini saya akan lebih fokus kepada berita ekonomi yang kita boleh nampak dalam calendar ekonomi tu.
Sebagai seorang forex trader, kita kena jadikan kalendar ekonomi ni sebagai salah seorang kawan baik kita. Kita cuma perlu luangkan masa beberapa minit saja setiap hari untuk perhatikan news ni dan tabiat ini amat penting jika kita mahu profit secara konsisten sebagai seorang forex trader.
Jika kita tengok jadual kalendar ekonomi di website seperti forexfactory.com, setiap minggu ada jadual yang berlainan. Setiap event ni juga digred berdasarkan jangkaan kesannya terhadap pasaran.
Gred & jenis warna yang digunakan adalah berbeza mengikut website yang anda gunakan. Dalam video ini, saya gunakan contoh forexfactory.com & ada 4 jenis kategori berita dalam kalendar yang mereka paparkan.
Yang pertama adalah non-economic news.
Yang kedua pula adalah low impact.
Kadang-kadang non-economic news dan low impact akan dimasukkan dalam satu kategori yang sama kerana ianya tidak memberikan kesan kepada pasaran forex.
Kategori ketiga adalah medium impact dan ianya biasa ditandakan dengan warna kuning. Jenis news ini adakalanya akan mendatangkan kesan juga, jadi kena alert dengan news ini.
Dan yang terakhir adalah high impact. Ianya biasanya ditandakan dengan warna merah. News dalam kategori biasanya akan menyebabkan pasaran forex bergelora dan tidak menentu. Ianya boleh mendatangkan bahaya kepada akaun trading jika menggunakan margin yang besar. Kemungkinan untuk akaun grow secara mendadak tetap ada tetapi bagi saya risikonya terlalu besar dan tidak berbaloi kerana peluang untuk margin call adalah sangat tinggi.
Antara contoh news yang high impact adalah, non-farm payroll. Secara teori, data yang positif akan memberikan impak positif kepada US Dollar dan ianya akan menyebabkan currency pair seperti EUR/USD dan GBP/USD untuk jatuh merudum.
Tetapi… pernah juga saya terkena dulu dengan NFP ni. Data positif tetapi Euro Dollar mencanak naik. Rupanya saya telah tersilap percaturan, kerana pada masa yang sama ada data lain yang dikeluarkan serentak, iaitu kadar pengangguran dan kadar gaji purata untuk US Dollar.
Kalau data NFP positif tapi kadar pengangguran meningkat, tak boleh jugak… jadi, kena tengok data lain yang dikeluarkan pada masa yang sama, kalau data semua positif dan sentiment pun positif, barulah ada kemungkinan yang pair Euro Dollar akan turun.
Semasa data untuk berita ekonomi ni dikeluarkan, biasanya trader akan cancel PO sebagai langkah berjaga-jaga. Bila ramai yang cancel PO, agak-agak apa akan terjadi?
Pernah tak anda nampak price naik dengan tinggi sampai beratus pips dalam tempoh sejam & kemudian turun balik dalam jam berikutnya. Fenomena ini dipanggil whipsaw dan ianya disebabkan liquidity yang rendah dalam pasaran dan price sedang mencari kedudukan yang stabil dalam pasaran.
Jadi, bagaimana untuk trade economic news ni?
Saya akan kongsikan satu teknik ringkas. Selepas ini, anda boleh trade beberapa hari sebelum sesuatu data untuk berita ekonomi dikeluarkan. Setiap berita ekonomi yang beserta dengan data akan ada data jangkaan.
Sebagai contoh, jika sekiranya, expectation untuk GDP untuk matawang Canadian Dollar adalah lebih baik berbanding data bulan sebelumnya.
Sebagai contoh, data sebelumnya adalah 0.2% manakala jangkaan untuk data yang bakal dikeluarkan adalah 0.4%, secara tidak langsung ia menunjukkan sentimen untuk matawang tersebut adalah positif dan anda boleh tunggu peluang untuk buy pair Canadian/USD beberapa hari sebelum data untuk pair ini dikeluarkan.
Jika anda perhatikan, bila sesuatu jangkaan data sesuatu news dikeluarkan, biasanya price akan bergerak selari dengan jangkaan tersebut.
Jika data yang dikeluarkan adalah negatif, maka price sudah tentu akan jatuh. Tetapi, jika data yang dikeluarkan adalah positif, besar kemungkinan price akan naik lebih tinggi.
Pastikan anda close position sebelum data sebenar dikeluarkan kerana adakalanya price akan jatuh walaupun data yang dikeluarkan positif.
Ini disebabkan ramai trader yang telahpun bertindak lebih awal dengan buy price menjelang pengeluaran data berita berkenaan, dan apabila data yang dikeluarkan positif, masing-masing dah sibuk untuk take profit.
Jadi selepas ini, anda boleh cuba gunakan teknik ini untuk trade news. Tapi seperti apa-apa teknik trading yang lain, pastikan anda jaga MM sebab adakalanya pasaran tak akan menyebelahi kita.
Anda boleh tonton video saya tentang tutorial menggunakan excel spreadsheet untuk jaga MM forex. Spreadsheet pun saya sediakan secara percuma saja di dalam description video tu, pastikan anda download dan guna, ok?
Jika ada yang berminat untuk belajar lebih mendalam tentang teknik untuk trade economic news ni, sila tinggalkan sedikit komen & mungkin saya akan kongsikan lebih banyak video berkaitan dengan fundamental analysis di masa akan datang.