Ramai yang ingin tahu berapakah jumlah modal yang paling ideal untuk mula trading forex. Sebenarnya, soalan ini ringkas sahaja & kita kena tanya diri kita sendiri, apakah tujuan kita trading forex?
Adakah kita trading untuk tujuan suka-suka & menganggap ianya sebagai satu hobi? Atau kita serius dan berniat untuk menjadikannya sebagai satu sumber pendapatan kita.

Berapa Modal Minimum Trading Forex?
Apabila bercakap tentang modal minimum, ianya bergantung kepada broker yang anda pilih. Sebagai contoh, untuk broker Instaforex, modal minima untuk depo adalah serendah $1 sahaja.
Untuk membuka akaun Instaforex, anda boleh gunakan referral link kami ini.
Sedang Cari Modal Trading Forex?
Bagi anda yang sedang mencari modal trading forex pula, mungkin boleh trade akaun demo dulu, ataupun claim no deposit bonus (NDB) sebanyak $1500 yang diberikan secara percuma oleh Instaforex (boleh daftar di sini ya). Untuk akaun NDB, pihak broker ada mengenakan sedikit terma dan syarat, jadi kena rajin membaca supaya paham bagaimana untuk wd duit selepas profit nanti ya 🙂
Bagi yang belum ada modal mencukupi untuk trading forex, elakkan daripada membuat pinjaman ataupun menggunakan duit simpanan untuk dijadikan sebagai modal. Hanya trade dengan menggunakan duit lebihan perbelanjaan yang kita sanggup rugi sahaja.
Modal Terkecil Trading Forex Untuk Tujuan Pendapatan Sampingan
Jika anda bercita-cita untuk menjadikan forex trading sebagai sumber pendapatan bulanan anda, maka saya cadangkan agar anda sediakan sekurang-kurangnya $1000 sebagai modal ideal anda.
Mengapa $1000?
Ok kita buat sedikit kiraan mudah dengan andaian anda telahpun menguasai satu teknik forex trading yang memiliki win rate yang tinggi atau yang sekurang-kurangnya 50-50% win rate.
Sekiranya anda profit sebanyak 10% sebulan, dengan modal $1000, sekurang-kurangnya anda akan menjana profit sebanyak $100 sebulan. Income ini boleh anda gunakan sebagai belanja dapur, atau anda tak perlukan duit tu utk perbelanjaan, apa kata biarkan saja dalam akaun & gunakan kuasa compound-interest untuk menggandakan modal anda.
Kalau konsisten profit sebanyak 10% sebulan & jaga MM semasa entry, insyaAllah cerah masa depan dalam forex trading ni.
Saya sediakan satu jadual ringkas untuk compounding interest sekiranya anda konsisten profit sebanyak 10% setiap bulan.
Modal $1000 & Profit 10% Bulanan
Tempoh | Nilai Akaun |
Bulan Pertama | $1100 |
Bulan Kedua | $1210 |
Bulan Ketiga | $1331 |
Bulan Keempat | $1464.10 |
Bulan Kelima | $1610.51 |
Bulan Keenam | $1771.56 |
Bulan Ketujuh | $1948.72 |
Bulan Kelapan | $2143.59 |
Jika anda perhatikan, ianya mengambil masa 7 bulan lebih untuk menggandakan modal dari $1000 kepada $2000 dengan profit yang konsisten sebanyak 10% sebulan.
Nampak mudah bila kita buat jadual & tengok jumlah 10% dalam bentuk kiraan sedemikian, kan? Tidak semudah itu apabila kita cuba mempraktikannya dalam live account, tetapi ianya tidak mustahil.
Persoalannya seterusnya, yang kita akan bincangkan di dalam posting akan datang, bagaimanakah untuk mendapatkan profit 10% sebulan…

Pasaran Global Bersedia Menghadapi Keputusan Pilihan Raya AS dan Fed
Pasaran global kini dalam keadaan tegang menjelang dua peristiwa besar yang akan berlaku minggu ini: Pilihan Raya Presiden

Berita Ekonomi Penting Minggu Ini (27 Oktober – 2 November 2024)
Minggu ini menjanjikan pelbagai peristiwa ekonomi penting yang bakal menggerakkan pasaran kewangan global. Dari pilihan raya di Jepun

Peranan BRICS Pay dan BRICS Note dalam Mewujudkan New World Order Kewangan
BRICS semakin memperkukuhkan kedudukannya dalam ekonomi global melalui inovasi terbaru seperti BRICS Pay dan BRICS Note. Kedua-dua inisiatif

Apa Itu Pips?
Dalam dunia dagangan forex, istilah “pips” sering digunakan untuk menggambarkan perubahan harga terkecil dalam pasangan mata wang. Memahami