Apa Itu MetaTrader 4?
MetaTrader 4 atau lebih popular dipanggil MT4 merupakan platform yang paling biasa digunakan untuk berdagang dalam pasaran forex. Hari ini saya akan terangkan serba sedikit fungsi-fungsi asas dalam MT4 supaya anda boleh mula berjinak-jinak di dalam bidang forex trading.
Dalam artikel ini, saya akan terangkan MT4 versi PC dan juga android. Paparan atau user interface untuk kedua versi ini berbeza tetapi fungsinya sama sahaja.
Daftar Akaun No Deposit Bonus - $1500 Percuma
Sebelum install MT4 ni di PC atau smartphone anda, boleh klik link ini untuk dapatkan No Deposit Bonus percuma dari Instaforex sebanyak $1500. Nanti anda boleh log-in gunakan info yang Instaforex emel kepada anda. Anda hanya dapat apply bonus ini sekali sahaja.
Daftar Akaun Demo
Kalau dah pernah apply no deposit bonus, anda kenalah daftar untuk buka demo akaun guna link ini ya. Saya cadangkan untuk buka akaun demo dengan modal $5000 dan gunakan USD. Jangan skip step ini kerana nanti anda kena juga buka akaun demo untuk explore sendiri fungsi dalam MT4 nanti.

Cara Untuk Install MT4 Di PC
Untuk menggunakan MT4 Versi Windows, pastikan PC atau laptop anda menggunakan OS Windows 7 dan ke atas.
1. Klik link ini untuk pergi ke website rasmi Instaforex dan skrol ke bahagian MT4
2. Download MT4 anda dari website Instaforex & install.

Cara Untuk Install MT4 Android
Untuk menggunakan MT4 Versi android, pastikan smartphone atau tablet touch screen anda dapat connect ke Internet dengan simkad atau wifi dan menggunakan Android 4.0 dan ke atas.
1. Masuk ke PlayStore dan cari MetaTrader 4.
2. Muat turun app tersebut dan Install

Dapatkan Maklumat Login Di Email Anda
Perkara pertama yang anda perlu lakukan setelah install MT4 adalah login ke akaun anda. Check emel anda untuk dapatkan maklumat username, password dan server untuk login.
Untuk login ke MT4 di PC
Klik pada menu Navigator dan anda akan dapat lihat 4 sub-menu:
Accounts, Indicators, Expert Advisors dan Scripts.
Right click “Accounts” dan anda akan diberikan beberapa pilihan. Klik “Login to Trade Account” dan Enter.

Masukkan maklumat anda dan Login.

Login ke MT4 di Smartphone
Klik pada menu di bucu kiri MT4.

Paparan berikut akan muncul & klik pada pilihan “Manage accounts”

Di paparan seterusnya, anda akan dapat lihat senarai akaun yang anda miliki & pernah login sebelum ini. Anda hanya perlu klik pada klik pada nombor akaun dalam senarai untuk login di masa akan datang.
Untuk menambah login akaun baru, klik pada button + yang dibulatkan dalam gambar di bawah.

Klik pada pilihan “Login to an existing account”.

Anda perlu taip nama server yang telah broker assign kepada akaun anda. Klik pada nama server tersebut.

Masukkan maklumat akaun anda untuk login. Gunakan trader password untuk login supaya anda dapat trade di akaun ini nanti.

Berikut adalah beberapa menu penting di dalam MT4 yang anda harus tahu.
Market Watch (Paparan versi PC)
Market watch menyenaraikan semua currency pair yang broker anda sediakan. Di sini anda akan lihat simbol atau singkatan currency pair, harga belian atau Bid dan harga jualan atau Ask.
Anda perlu kira sendiri berapa spread yang dikenakan dengan mendapatkan beza antara harga bid dan ask.

Tips 1: Jika ada currency pair yang anda biasa gunakan tidak kelihatan di dalam senarai, cuba right click dalam senarai tersebut dan click pada pilihan “Show All”.

Tips 2: Untuk melihat nilai spread, high dan low untuk sesuatu currency pair dalam Market Watch, right click dan tick pada pilihan Spread dan High/Low.

Quotes = Market Watch (Paparan versi Android)
Dalam MT4 versi android, anda perlu pilih menu “Quotes” untuk melihat senarai currency pairs. Anda akan boleh akses maklumat ini samada dari menu di bucu atas kiri ataupun di menu pertama di bucu bawah kiri skrin.


Tips 1: Anda boleh masukkan jenis currency pair yang tidak ditunjukkan dalam senarai “Quotes” anda dengan langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Klik pada icon pensil di “Quotes”.

Langkah 2:
Klik pada icon + di menu.

Langkah 3: Klik pada folder untuk mencari currency pair yang anda inginkan.


Chart Untuk Currency Pair (Versi PC)
Chart membolehkan trader membuat analisa secara teknikal sama ada dengan mengggunakan indicator ataupun dengan melihat bentuk candlestick.
Untuk membuka chart, anda perlu right click pada currency pair di dalam “Market Watch”. Klik pada “Chart Window” dan anda akan dapat lihat carta bagi currency pair tersebut akan muncul di sebelah kanan skrin anda.

Chart untuk MT4 versi Android
Untuk MT4 versi Android pula, anda hanya perlu klik pada icon $ pada bahagian atas skrin. Senarai currency pair yang ditunjukkan adalah berdasarkan kepada jenis currency pair di dalam tab “Quotes” anda.

Terminal versi PC
Terminal memaparkan maklumat penting berkenaan aktiviti trading anda.
Trade: Di tab pertama, anda akan dapat melihat senarai open position dan pending order anda. Anda juga akan dapat melihat berapa jumlah keseluruhan open position anda.

Account History: Di sini anda akan dapat lihat jumlah keuntungan atau kerugian position anda yang telah ditutup. Anda boleh gunakan rekod di bahagian ini sebagai rumusan samada cara anda trading berkesan atau tidak.

Trade = Terminal (Paparan versi Android)
Dalam MT4 versi Android, anda dapat lihat kedudukan semasa open position anda di menu “Trade”.
Anda boleh masuk ke paparan Trade melalui menu di bucu kiri ataupun menu ketiga di bahagian bawah skrin.


History = Account History (versi Android)
Untuk MT4 versi Android, menu “History” diletakkan sebagai salah satu menu. Fungsinya tetap sama, iaitu untuk melihat rekod position yang anda telah tutup.


Periods (versi PC)
Periods memberikan anda pilihan untuk menggunakan 9 jenis timeframe untuk candlestick yang berbeza. Timeframe yang anda akan gunakan adalah bergantung kepada teknik trading yang digunakan.
Pilihan timeframe adalah seperti berikut:
M1 – 1 Minit
M5 – 5 Minit
M15 – 15 Minit
M30 – 30 Minit
H1 – 1 Jam
H4 – 4 Jam
D1 – 1 Hari
W1 – 1 Minggu
MN – 1 Bulan.

Periods (versi Android)
Untuk periods versi Android, anda hanya akan dapat menu ini di dalam chart sahaja. Ada 2 cara untuk memilih timeframe.
Cara pertama: Anda boleh click pada icon jam di menu atas (dalam bulatan) dan pilihan timeframe akan muncul sebagai dropdown menu.
Cara kedua: Sentuh mana-mana permukaan chart & anda akan dapat lihat pilihan timeframe muncul dalam bentuk bulatan seperti gambar di bawah.

Templates Untuk MT4 versi PC Sahaja
Untuk memudahkan anda untuk menggunakan indicator & setting warna yang sama untuk chart currency pair yang berlainan, anda bolehlah “save” maklumat indi & customization sebagai template.
Fungsi untuk menukar template ini tidak disediakan dalam MT4 versi Android.
Cara Menggunakan MetaTrader 4 Untuk Trade Forex
Cara Untuk Pasang Order (versi PC)
Saya akan kongsikan 2 cara ringkas untuk memasang order di MT4 versi PC.
Cara Pertama:
Klik pada button “New Order” dan satu menu baru akan muncul di hadapan skrin anda.
Anda boleh masukkan jumlah order dan kemudian klik sama ada untuk buy atau sell untuk mengaktifkan order anda.

Cara Kedua:
Right click di atas chart & pilih “One Click Trading”.
Dengan cara ini, anda boleh masukkan order terus dengan menggunakan order button di bucu kiri chart.

Cara Untuk Pasang Order (versi Android)
Click pada button + di bucu kanan skrin anda. Satu paparan baru untuk memasukkan order akan muncul dan anda bolehlah isikan berapa saiz lot yang anda ingin buy atau sell.


Cara Untuk Ubah Nilai Stop Loss (SL) dan Take Profit (TP) – versi PC
Anda sebenarnya boleh set SL dan TP semasa memasang entry. Tetapi adakalanya, kita mahu segera pasang entry pada market price, menyebabkan kita tidak sempat untuk set SL dan TP.
Jadi bagaimana untuk set SL dan TP? Jangan runsing.. caranya mudah saja.
Klik pada menu Terminal & lihat senarai Open Order di tab “Trade”. Right click pada pair yang anda ingin ubah SL dan TP nya dan satu menu baru akan muncul.
Anda perlu masukkan nilai SL dan TP dan kemudian sahkan pertukaran yang anda ingin lakukan dengan menekan button modify order.


Cara Untuk Ubah Nilai Stop Loss (SL) dan Take Profit (TP) – versi Android
Untuk mengubah SL dan TP di android, anda perlu masuk ke menu “Trade” untuk melihat senarai open order anda.
Press & hold di order yang anda ingin ubah.

Satu paparan akan muncul untuk anda memilih apa yang anda ingin lakukan. Pilih “Modify order”.

Dalam paparan seterusnya, anda perlu masukkan nilai SL dan TP yang anda inginkan dan klik pada button “Modify” untuk mengemaskini order anda.

Bagaimana Untuk Close Order?
Close order adalah proses menutup entry yang anda telah buy atau sell.
Cara pertama: Close order boleh dilakukan secara manual jika anda menekan button X pada belakang order yang disenaraikan di dalam “Trade”.

Cara kedua: Anda boleh right click pada harga dalam senarai open order & pilih close order.

Cara ketiga: Entry anda akan close secara automatik sekiranya entry tersebut mencapai sasaran TP atau SL anda.
Close Order Untuk MT4 Android
Untuk close order secara manual di MT4 Android, anda perlu pergi ke senarai open order di menu “Trade”. Tekan dan “hold” price yang anda mahu close dan satu paparan akan keluar untuk anda pilih.
Pilih “Close Order” dan entry anda akan ditutup.

Rumusan
Demikian serba sedikit penerangan bergambar berkenaan cara penggunaan MT4. Diharap ianya dapat membantu anda untuk mula menggunakan MT4 dengan lebih mudah.
Jika ada sebarang kesilapan atau maklumat yang kurang lengkap, boleh tinggalkan komen atau hantar emel kepada saya untuk membuat pembetulan atau penambahbaikan.
Akhir kata, pastikan anda guna demo akaun & no deposit bonus yang saya kongsikan di awal posting ini dahulu sebelum pergi ke langkah seterusnya untuk depo dan trade dengan duit anda sendiri.
Explore dahulu semua menu yang ada di dalam MT4 dan cuba biasakan diri dengan fungsi-fungsi yang ada supaya nanti anda tidak merasa teragak-agak semasa trade real account nanti.
Jemput daftar akaun Instaforex dengan no deposit bonus percuma sebanyak $1500 dengan link ini.
Langkah Seterusnya
Jika anda berminat untuk meneruskan misi sebagai seorang forex trader yang konsisten profit, mungkin saya boleh bantu anda dalam sesi private coaching saya.