Pernah tak anda terfikir kenapa kita masih loss dalam forex trading sedangkan dah buat banyak backtest dan cuba macam-macam jenis trading strategi?
Untuk menonton video untuk artikel ini, boleh click link untuk tonton di Youtube
Saya dapati ada 6 kesilapan besar yang telah saya lakukan sepanjang trade forex dan saya ingin kongsikan sebagai peringatan kepada diri saya dan rakan trader yang lain supaya kita dapat memperbaiki cara kita trade dan berjaya sebagai seorang forex trader pada tahun 2024 ni.
Artikel kali ini agak panjang sebab saya akan buat sedikit ulasan tentang kesilapan yang saya pernah lakukan sejak terlibat dalam forex trading sejak dari 8 tahun lepas. Saya harap ianya bermanfaat & dapat dijadikan sebagai peringatan kepada diri saya sendiri & rakan-rakan trader yang ingin berjaya di dalam bidang forex trading.
Sebagai forex trader, mungkin anda juga pernah atau selalu buat backtest macam-macam strategi yang anda jumpa di Internet sebab nak cari teknik dengan win ratio yang lebih tinggi dari teknik yang anda sedang gunakan.
Selalu Tukar Teknik
Saya pun macam tu juga. Ye lah, siapa tak nak teknik yang boleh bagi win ratio lebih tinggi kan?
Haa… itulah dia kesilapan pertama saya. Selalu sangat tukar teknik untuk cari teknik terbaik. Selalunya ia berakhir dengan kekecewaan sebab bila buat backtesting waktu hujung minggu, graf untuk growth tu nampak cantik sangat & akaun $100 pun boleh jadi $100k dalam setahun, tapi bila trade di live market, asyik langgar SL.
Contoh kalau mula trade hari Isnin, bila sampai hari Rabu, akaun dah nyawa-nyawa ikan… Dan hujung minggu berikutnya, saya pun akan try lagi buat backtest teknik lain. Rasanya dalam beberapa tahun juga saya kekal dalam kitaran tu, sehinggalah saya sedar, rupanya teknik tidak bersalah, tetapi saya yang terlalu tamak & pasang entry dengan saiz lot terlalu besar dan cuma pasang beberapa entry saja sebelum nak give up.
Benda paling asas kalau kita nak cari strategi, pastikan ianya dapat menunjukkan SOP untuk entry dan exit dengan jelas, menggunakan risk to reward ratio yang bagus dan ada nyatakan di mana untuk take profit dan stop loss. Kalau semua elemen ni ada, sudah cukup bagus & boleh fokus guna teknik tu saja.
Setiap teknik ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Cara untuk mengatasi masalah teknik ini, kita kena kawal risiko untuk setiap entry kita.
Setiap individu memiliki toleransi yang berbeza-beza terhadap risiko, jadi, kita sendiri kenalah buat sedikit kiraan untuk manage risk bagi setiap entry yang kita pasang.
Kalau akaun tu nilainya besar, adalah memadai untuk risikokan hanya 1% dari nilai akaun anda bagi setiap entry. Tapi kalau akaun tu hanya $100, jangan pula bantai full margin sebab jumlahnya kecil, cuba fikir untuk trade secara long term. Sampai bila kita nak terus margin call & jadi pendepo tegar? Betul tak?
Abaikan Timeframe Besar
Saya teruskan topik ini dengan kesilapan kedua saya, iaitu tidak melihat timeframe yang lebih besar sebelum pasang entry.
Semasa saya mula-mula trade forex dulu, saya rasa resah bila kena hadap timeframe H4 dan H1, sebab bagi saya, pergerakan candlestick timeframe tu terlalu lambat. Bila buka MT4 dan buka chart, saya akan terus lihat timeframe M15 dan M5, kadang-kadang kalau dah datang gila, M1 pun akan saya buka untuk cuba pasang entry di situ. CS lebih besar daripada tu saya tak pandang langsung.
Pada waktu itu, saya rasa rugi sangat kalau terlepas pergerakan satu candlestick M15 tu. Asyik nak hadap chart je macam dah kena rasuk hantu forex.
Tak salah kalau nak trade guna timeframe kecil, tetapi kena tengok dulu timeframe lebih besar untuk mengenalpasti arah trend. Kalau buka chart terus tengok timeframe kecil, memang susah lah nak nampak arah tuju sesuatu currency pair samada nak uptrend atau downtrend.
Lagipun, kalau ada setup untuk sell yang nampak cantik di timeframe M15, jangan terkejut kalau di timeframe lebih besar pair tu masih uptrend lagi.
Jadi, sebelum pasang entry, sebaiknya mulakan dengan tengok dahulu timeframe yang besar, contohnya dari candlestick monthly, weekly dan seterusnya daily untuk melihat trend sesuatu currency pair dalam jangka panjang.
Jika sudah nampak, barulah kita gunakan timeframe yang lebih kecil untuk tunggu peluang entry yang selari dengan major trend currency pair yang kita sedang target tu.
Mangsa FOMO
Kesilapan saya yang ke-tiga adalah kurang sabar menunggu confirmation untuk entry.
Pernah dengar perkataan FOMO? FOMO atau ayat panjangnya, Fear Of Missing Out ni berkaitan dengan emosi. Boleh baca dengan lebih lanjut tentang FOMO di sini
Cuba bayangkan, beberapa jam lepas anda nampak ada satu candlestick naik beberapa puluh pips untuk pair AUD/USD, kemudian pair tu turun utk melakukan correction. Saya dah set dalam kepala yang pair bullish tapi masih lagi buat retracement. Adakah anda terus pasang entry buy walaupun belum nampak ada tanda-tanda yang pair tu dah nak naik balik? Cuba fikir balik kenapa anda terus buy? Adakah ianya sebab anda tak nak terlepas peluang untuk buy?
Lebih teruk lagi, bila nampak price tu makin turun, mula la nak pasang banyak-banyak layer sebab confident yang price akan naik balik. Last-last, akaun MC sebab banyak sangat entry & bila price tu henjut sikit ke bawah, dah tak dapat nak support margin.
Kita jangan takut yang price tu akan terus naik ke atas, sebab kita kena faham yang price ni bergerak dalam bentuk zigzag. Kalau price tu tak sampai target entry kita, cari setup yang lain & catatkan di dalam trade journal supaya kita dapat memperbaiki entry di masa akan datang.
Tiada Trading Plan
Seterusnya, kesilapan saya yang ke-empat semasa mula-mula trade forex dulu adalah, tidak mempunyai trading plan. Asal nampak chart gerak je, terus rasa macam nak pasang entry, sedangkan belum ada setup untuk saya pasang entry.
Mesti anda pernah dengar kata pepatah, gagal merancang, bermakna anda merancang untuk gagal, kan?
Contoh ringkas satu trading plan yang efektif, sebaiknya anda kena ada ciri-ciri setup sebagai prasyarat untuk anda pasang entry dan juga exit dari trade.
Tak kisah apa teknik yang anda gunakan, dengan indicator ataupun naked chart, cuba ikut SOP untuk entry dengan sebaik-baiknya. Pastikan setup dan valid dan tunggu sehingga ada signal untuk entry.
Jadi, bila saya entry tanpa ada trading plan yang jelas dulu, tak hairanlah kenapa saya selalu mc dan jadi pendepo tegar. Saya tidak mahu anda terjebak dengan kitaran sebagai pendepo tegar ni, sebab ianya punca utama kenapa ramai yang give-up dalam forex trading.
Matlamat kena jelas, kita trade forex sebab nak buat duit, bukan sebagai hobi.
Kita teruskan dengan kesilapan ke-lima saya, iaitu tidak menggunakan trade journal.
Tidak Membuat Trade Journal
Dengan menggunakan trading journal untuk merekodkan setiap entry, kita dapat melihat dengan lebih jelas apa yang kita lakukan sepanjang masa kita trading. Penggunaan trading journal dapat membantu kita untuk menjadi seorang forex trader yang berhemat.
Ada banyak cara untuk buat trade journal, anda boleh catat guna buku nota, atau guna software seperti evernote di laptop atau smartphone. Bagi saya, saya lebih selesa bukak satu FB group private supaya mudah untuk upload screenshot & masukkan komen semasa trade tu sedang aktif.
Terserah kepada anda nak gunakan apa saja, yang penting kena ada trade journal.
Pastikan anda catat beberapa perkara berikut:
• Jenis currency pair yang digunakan
• Sebab untuk entry, adakah ianya mematuhi trading plan yang telah anda buat sebelum ini?
• Berapa nilai risk to reward ratio
• Di mana kedudukan SL dan TP?
Kemudian, masukkan catatan sekiranya entry anda terkena Stop Loss.
• Berikan pendapat kenapa ianya kena SL dan bagaimana untuk memperbaiki entry anda di masa akan datang.
• Bilakah waktu yang sesuai untuk menukar SL kepada Break-Even price?
Jika anda berjaya take profit, buat juga catatan untuk
• Lihat sejauh mana price pergi sebelum ianya bertukar arah.
• Cuba kaji bagaimana untuk memaksimakan profit di masa akan datang.
Ok kita teruskan dengan kesilapan saya yang ke-enam.
Abaikan Fundamental Analysis
Sebelum ini saya telah mengabaikan fundamental analysis dan hanya fokus 100% kepada teknikal analysis sahaja, sedangkan seperti yang kita semua sedia maklum, high impact economic news adalah faktor utama yang memacu pergerakan harga secara terus.
Contoh paling dekat, beberapa hari lepas, GBP telah meroket selepas keputusan pilhanraya umum UK diumumkan.
Pair ini turun semula sebanyak 160 pips pada hari yang sama & kita boleh andaikan ianya mungkin disebabkan pasaran telah over-react semasa pengumuman keputusan berkenaan.
Tiba-tiba GBP/USD turun sebanyak 200 lebih pips setelah ada desas-desus yang Perdana Menteri UK, Boris Johnson mungkin akan menganjak tarikh perlaksaan Brexit pada hujung tahun hadapan, sedangkan semasa pilihanraya, beliau telahpun menetapkan tarikh 31 Januari untuk meninggalkan Kesatuan Eropah dalam manifesto pilihanraya beliau.
Jika kita tengok chart sahaja, mungkin kita akan hairan & tertanya-tanya apa yang sebenarnya terjadi. Fundamental analysis ni penting & saya yakin, rakan traders tentu tahu yang forex trader paling berjaya abad ini, George Soros tidak “break the bank of England” dengan hanya menggunakan teknikal analysis sahaja.
Professional fund manager trade menggunakan fundamental analysis & maklumat, tetapi majoriti retail traders hanya fokus kepada teknikal analysis sahaja…
Matlamat saya untuk tahun 2024 adalah untuk mula belajar menafsir berita ekonomi yang berkaitan & cuba untuk lebih peka tentang kesan macroeconomy terhadap forex trading secara jangka panjang.
Adakah anda turut melakukan kesilapan yang sama seperti yang saya kongsikan tadi?
Boleh tinggalkan komen & share apa kesilapan yang anda pernah lakukan?
Baiklah, itu saja untuk kali ini. Saya mendoakan supaya kita semua akan menjadi forex trader berjaya dan konsisten profit mulai hari ini.
Semoga jumpa lagi di post saya yang akan datang.