FOMO Pemusnah Kareer Forex Trader

Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa pair ini naik dengan begitu banyak secara mendadak?

Rupa-rupanya, pada hari tersebut, Boris Johnson telah memenangi pilihanraya di UK & anda mungkin ada terbaca bahawa dalam manifestonya, beliau mahu UK keluar dari European Union dan berjanji akan melaksanakannya sebelum 31 Januari 2020.

Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang Brexit ni, mungkin saya akan ceritakan dalam post akan datang. Tapi kali ini kita fokus dulu tentang topik FOMO tadi.

Jika anda mempunyai sikap FOMO dan bertindak dengan memasang entry buy pada aras tertinggi selepas candlestick H1 selesai, agak-agak, apa akan terjadi pada akaun anda? Situasi ni boleh kita samakan seperti sedang cuba menunggang lembu yang sedang mengamuk, kita tak tahu apa nasib kita kalau lembu tu datang gila.

Jika anda lihat chart untuk currency pair GBP/USD hari ini, anda akan dapat lihat GBP/USD sedang berada dalam keadaan downtrend dan telah bergerak hampir 800 pips dari puncaknya pada 13 Disember 2019.

Besar kemungkinannya entry tersebut sudah hit stop loss ataupun lebih teruk lagi, anda mungkin sudah MC jika tidak memasang stop loss. Anda boleh lihat daily chart di bawah.

Bagaimana cara untuk mengatasi FOMO?

Seperti apa-apa jenis perniagaan, setiap usahawan akan mempunyai plan perniagaan yang mereka gunakan yang dijadikan sebagai bimbingan. Forex trader yang berpengalaman akan mempunyai trading plan untuk memastikan mereka berdisiplin dan konsisten.

Apabila melihat chart, anda perlu tanya diri anda adakah sesuatu entry yang anda ingin pasang mematuhi kriteria yang anda letakkan sebagai peluang untuk entry. Jika ya, teruskan dengan memasang entry mengikut trading plan anda, set siap-siap di mana stop loss dan target profit anda semasa pasang entry. Selepas itu, tawakkal dan berserah, biarkan price lakukan kerjanya.

See also
Trade Forex Perlu Full Time?

Hanya trade apabila ada setup untuk entry berdasarkan trading plan anda. Jangan sesekali trade berdasarkan perasaan anda.

Trader Yang Berjaya Adalah Trader Yang Berdisiplin

Penggunaan trading plan mungkin dapat membantu anda untuk menghindari masalah FOMO yang berpotensi memusnahkan akaun trading anda, malah, ia berkemungkinan besar akan memusnahkan kareer trading anda jika anda terpaksa melakukan deposit setiap minggu untuk trade. Sia-sia jika ada trading plan yang mantap tapi anda gagal untuk mendisiplinkan diri untuk trade berdasarkan plan yang telah anda sediakan.

Memang susah untuk kawal perasaan dan nafsu kita dari memasang entry secara melulu. Saya sendiri ambil masa yang lama untuk buang tabiat buruk ni.

Anda perlu menetapkan satu matlamat yang jelas untuk diri anda dan tanya diri anda sendiri, adakah cara anda trade sekarang mendekatkan atau menjauhkan anda dari matlamat tersebut.

Jika trading plan yang anda gunakan tidak memberikan signal untuk entry tetapi market telah meninggalkan anda, akan ada peluang lain untuk entry. Sabar dan tunggu dulu. Catatkan pendapat dan pemerhatian anda dalam trading journal dan tunggu peluang seterusnya.

Tiada jalan pintas untuk menjadi forex trader yang berjaya. Kenalpasti pattern yang boleh anda gunakan untuk entry dan ikut trading plan anda. Proses ini akan mengambil masa, tetapi, lama kelamaan, anda akan dapat mengawal perasaan daripada memasang entry tanpa ada setup yang valid di masa akan datang.

Semoga selepas ini anda dapat mengawal emosi sebelum trade. Jangan jadi mangsa FOMO.

Anda sedang mencari forex broker yang terbaik di pasaran?
 
Berikut adalah beberapa broker yang saya sendiri gunakan:
 
 
 

Daftar Akaun Anda Di Sini

Latest News

Daftar Akaun Anda Di Sini