FX United – Satu Lagi SKIM Bertopengkan Forex Berkubur

Mungkin ramai yang pernah mendengar nama broker ini dua-tiga tahun lepas. Suatu ketika dahulu, ramai juga kawan saya yang memujuk untuk menyertai program berkenaan memandangkan saya mempunyai sedikit latar-belakang forex trader.

Demi untuk tidak mengecewakan permintaan kawan, saya sendiri pernah menghadiri BOP yang diadakan leader FX United di Miri. Apa yang saya lihat pada hari tersebut amat menyedihkan.

Langsung tiada apa-apa yang berkaitan dengan Forex trading dan lebih teruk lagi, dalam event tersebut peserta seminat diminta untuk melaburkan duit ke dalam skim berkenaan dan ramai yang tampil dengan menunjukkan kemewahan yang mereka perolehi hasil dari pelaburan mereka di dalam FX United. Tak salah nak tunjukkan kemewahan jika mereka memang benar trade forex, tapi, dari apa yang saya lihat, kebanyakan leader yang hadir pada malam tersebut hanya mampu menerangkan tentang program CGAT (Capital Guaranteed Auto Trading)
dan mereka boleh dikatakan ZERO tentang Forex trading.

Yang lebih membuatkan saya musykil, minimum depo untuk FX United adalah $300 dan sekiranya nilai di dalam akaun kurang dari amount tersebut, trader tidak akan dapat melakukan withdrawal selagi jumlah di dalam akaun tersebut tidak mencecah amount $300.

Peserta pula dijanjikan dengan pendapatan pasif apabila mereka mengajak kawan-kawan untuk melabur di dalam skim mereka.

Di saat program FX United nyawa-nyawa ikan dan sudah tidak mampu membayar dividen bulanan 11%, mereka cuba mengalih perhatian para pelabur dengan program IMA (Intelligent Manager Account) yang menjanjikan pulangan antara 7% ke 13.5% peratus sebulan.

Kemudiannya, RJJ FX diperkenalkan bagi mengambil alih urusniaga forex trading dan juga CGAT dari panel FX United untuk beberapa minggu sebelum RJJ FX juga berhenti berfungsi.

See also
Hibah Duit Raya Dari Mocaz

Yang sedihnya, ada juga yang terpedaya dan masih lagi “meleburkan” wang ke dalam skim yang dianjurkan FX United dan RJJ FX ini.

Sehingga sekarang, masih terlalu ramai yg tak tahu apa itu sebenarnya FOREX.

Forex bukan money game & bukannya sebuah MLM. Hati-hati jika ada kawan yg ajak anda untuk “JOIN FOREX”. Sebab bila mereka gunakan perkataan “JOIN”, ia dah jadi seolah-olah Forex ni satu kelab ataupun perniagaan MLM.

Nasihat saya, jika tidak pasti tentang sesuatu, sebaiknya kaji dulu. Jangan percaya bulat-bulat dengan apa yang kawan anda janjikan. Jangan sampai dah terlewat baru rasa menyesal.

Harus diingat, Forex trading adalah sejenis perniagaan, dan tiada yang guarantee di dalam perniagaan ini. Tipulah jika saya katakan teknik yang saya gunakan ni 100% profit dan tidak pernah rugi. Harus diingat, Forex adalah sejenis perniagaan yang sangat berisiko dan peluang untuk rugi adalah jauh lebih tinggi daripada perniagaan lain di luar sana.

Misi kami dalam Skuad Forex Miri adalah untuk memberikan exposure kepada warga Sarawak dan Brunei untuk mengenali apa itu Forex dan juga bagaimana untuk melakukan urusniaga forex secara talian tanpa melalui pihak ketiga.

Sekurang-kurangnya, dengan ilmu yang cukup, anda dapat membuat penilaian dan mengelakkan diri dan keluarga dari terus ditipu oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dan cuba mengambil kesempatan ke atas diri kita.

Daftar Akaun Anda Di Sini

Latest News

Daftar Akaun Anda Di Sini