Kisah Orang Berjaya Dalam Forex

Setujukah anda jika saya katakan yang setiap forex trader, otai dan newbie, setiap kita mengimpikan untuk menjadi seorang forex trader yang berjaya? Jadi, kali ni saya nak kongsikan beberapa kisah orang yang telah berjaya dalam industri forex ni, semoga ianya dapat memberikan kita semangat untuk berusaha untuk berjaya seperti mereka.

Sebelum saya mulakan post ni, sebenarnya ada ramai juga forex trader yang berjaya di rantau Asia ni, tetapi kebanyakannya memilih utk low-profile dan tidak ingin diketahui umum untuk tujuan keselamatan dan privacy.

Jika ingin berjaya, mungkin kitab oleh mula amalkan sifat-sifat trader berjaya seperti yang disenaraikan di bawah ni:

  • Disiplin – Keupayaan untuk mengenalpasti kesilapan setelah melakukan entry dan tidak teragak-agak untuk cut loss dan meminimakan kerugian.
  • Kawalan risiko – Mempunyai ratio risk dan reward yang betul.
  • Berani – Sanggup mempunyai kelainan dari khalayak ramai, pada kebanyakan masa.
    Bijak – Tahu bahawa sebenarnya persepsi yang membentuk market trend.

Ok, tanpa membuang masa, berikut adalah senarai forex trader terbaik & berjaya di dunia:

George Soros

Photo taken from https://www.georgesoros.com/press-resources/

Networth: $19 Billion

Rasanya hampir semua rakyat Malaysia sudah kenal dengan nama George Soros. Mungkin kerana beliau merupakan antara spekulator yang pernah satu ketika dahulu menyebabkan Ringgit Malaysia susut nilainya dari RM2.50 per USD kepada RM4.57 pada zaman kegawatan ekonomi Asia pada tahun 1997.

Banyak negara Asia yang terjejas teruk pada masa itu, termasuklah negara kita sehingga menyebabkan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dr Mahathir Mohamad mengambil langkah drastik dan menambat nilai Ringgit kepada RM3.80 utk 1 US Dollar.

Kemuncak kareer George Soros adalah apabila beliau berjaya mendapatkan keuntungan sebanyak 1 Billion USD dalam tempoh 24 jam pada tahun 1992 sehingga peristiwa tersebut digelar sebagai Black Wednesday di kalangan ahli ekonomi dan beliau digelar sebagai The Man Who Broke The Bank of England.

See also
FOMO Pemusnah Kareer Forex Trader

Bagaimana George Soros menjana 1 billion USD dalam masa 1 hari pada tahun 1992

Untuk memahami bagaimana George Soros menjana 1 Billion USD ini, saya akan kongsikan serba sedikit latar belakang ekonomi negara-negara Eropah sebelum wujudnya matawang Euro. Selepas perang dunia kedua, beberapa buah negara-negara Eropah telah bersetuju untuk menggabungkan ekonomi mereka dengan harapan ianya akan merapatkan hubungan antara negara. Ini dapat mengelakkan peperangan lain daripada tercetus di masa akan datang.

Pada tahun 1951, Perjanjian Paris telah menyatukan 6 buah negara Eropah untuk membentuk Kesatuan Eropah yang pertama: Perancis, Itali, Belgium, Netherlands, Luxembourg dan German Barat.

Saban tahun, ahli Kesatuan Eropah ini bertambah dengan kemasukan Denmark, Greece, Ireland, Portugal dan Sepanyol sehingga terbentuknya Komuniti Ekonomi Eropah (Bahasa Inggeris: European Economic Community, atau singkatannya ECC) dan United Kingdom telah menyertainya pada tahun 1973.

Negara di dalam ECC mahukan kadar pertukaran yang setara di antara negara Eropah ini, namun pada masa yang sama, mereka belum bersedia untuk mengorbankan matawang khusus untuk negara mereka sendiri.

Oleh itu, mereka telah bersetuju untuk mengelolakan Mekanisma Kadar Pertukaran Eropah (Bahasa Inggeris: European Exchange Rate Mechanism atau singkatannya ERM) pada tahun 1979 untuk mendapatkan keseimbangan ini. Dengan adanya ERM, negara ECC bersetuju untuk menambat kadar pertukaran matawang pada kadar yang tetap sebagai ganti kepada kadar tukaran matawang yang biasa.

Negara German memiliki ekonomi paling kuat pada masa tersebut, oleh itu, setiap negara telah menggunakan Deutschmarks sebagai penanda aras nilai matawang mereka.

Walaupun UK merupakan ahli ECC, tetapi mereka telah membuat keputusan untuk tidak menyertai ERM dan kekal menggunakan kadar tukaran semasa, sehinggalah mereka terpaksa melakukannya pada saat dilanda krisis.

See also
Apa itu Analisis Fundamental Forex Trading

Bagaimana George Soros Memecahkan Bank of England

Bermula Januari 1988 hingga Oktober 1990, kadar inflasi di UK telah naik dari 3% kepada 10.9%. Sebagai langkah menangani kenaikan mendadak ini, England telah membuat keputusan untuk memasukkan matawang Pound Sterling ke dalam ERM pada 5 Oktober 1990.

Dengan menambat Pound kepada Deutschmark, mereka berharap untuk meniru gaya German mengendalikan ekonomi secara stabil dan inflasi yang rendah. Britain agak kecewa apabila kemasukan mereka ke dalam ERM tidak membuahkan hasil seperti yang diinginkan.

Image by PeterRoe from Pixabay

Meskipun penyertaan Britain ke dalam ERM menurunkan kadar inflasi, ianya tidak berjaya meransang kestabilan ekonomi.

Apa yang terjadi pada tahun 1992 adalah, German telah mengalami kesusutan ekonomi setelah bahagian barat dan timur negara berkenaan bergabung. Akibatnya German terpaksa meningkat kadar faedahnya – bermakna negara ERM yang lain juga harus melakukan perkara yang sama. Langkah tersebut memberikan kesan yang mendalam kepada England.

Pound Britain khususnya telah mengalami overvalued (lebih-nilai) pada waktu itu. Kejatuhan nilai dollar A.S memburukkan lagi keadaan.

Lira Itali dan peseta Sepanyol turut mengalami tekanan, namun pound yang telah mendapat liputan utama.

Akhirnya, masa untuk George Soros untuk beraksi telah tiba…

Soros menyedari kemasukan Britain yang agak terburu-buru ke dalam ERM. Beliau bertindak dengan mengambil short position untuk pound sterling, menjangkakan krisis kewangan Eropah akan terjadi di masa akan datang. Ternyata jangkaan beliau tepat.

George Soros telah mengambil peluang kelemahan matawang Pound Sterling pada waktu itu dan mengaut untung dengan memasang short position atau menjual GBP sebanyak 10 Billion USD.

Bank of England terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ERM apabila mereka gagal untuk mengekalkan nilai pound pada kadar nilai tambatan kepada Deutschmark dan hasilnya, George Soros telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak 1 billion USD pada hari tersebut.

See also
Apa Itu Pips?

Paul Tudor Jones

Networth $3.6 Billion

Paul Tudor Jones merupakan pengasas kepada Tudor Investment Corporation, sebuah hedge fund yang bernilai $12 billion. Beliau menjadi kaya-raya apabila telah memasang short position semasa stock market crash 1987 yang dikenali sebagai Black Monday.

Paul John Tudor telah meramalkan bahawa stock market akan crash pada tahun 1987 dan beliau berjaya menggandakan modalnya sebanyak 3 kali ganda dari short position berkenaan.

Beliau juga merupakan watak utama dalam sebuah dokumentari bertajuk “Trader” yang telah diterbitkan pada tahun 1987 dan sejak dari itu beliau telah berusaha untuk menghalang dokumentari berkenaan daripada tontonan umum.

John Paulson

Networth $11 billion

John Paulson merupakan pengasas kepada hedge fund Paulson & Co. Beliau telah mengenalpasti kepincangan pasaran hartanah dan menjangkakan ia akan mengakibatkan krisis kewangan pada tahun 2007.

John Paulson telah berjaya mendapatkan keuntungan sebanyak $15 billion untuk Paulson & Co manakala beliau sendiri telah meriah keuntungan sebanyak $3.7 billion!

Dari kisah di atas, dapat kita simpulkan kebanyakan trader yang berjaya mendapat hasil mereka semasa krisis kewangan ibarat menangguk ikan di air yang keruh. Akibat dari tindakan mereka, ramai market player lain yang menjadi mangsa keadaan dan mengalami kerugian yang dahsyat.

Itu dia serba sedikit kisah beberapa trader yang terkenal di seluruh dunia dan bagaimana mereka menjadi kaya-raya.

Mungkin di posting yang akan datang kita akan kongsikan serba sedikit tentang trader dari Malaysia pula ya!

Daftar Akaun Anda Di Sini

Latest News

Daftar Akaun Anda Di Sini