OPEC+ Setuju Kurangkan Pengeluaran Minyak Sebanyak 10 Juta Tong Sehari

Harga minyak dunia dijangka lebih stabil selepas negara anggota OPEC ( pengeluar minyak bersekutu Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) dan sekutunya telah mencapai kata sepakat untuk mengurangkan pengeluaran minyak kepada 10 juta tong sehari.

Harga minyak telah terjejas berikutan kekurangan permintaan akibat pandemik Covid-19 dan perang harga di antara pengeluar minyak utama Rusia dan Arab Saudi pada awal Mac.

OPEC+ merupakan pakatan kawalan pengeluaran minyak yang terdiri daripada negara-negara anggota OPEC dan negara pengeluar minyak lain seperti Rusia dan Mexico.

Amerika Syarikat telah bermurah hati dan bersetuju untuk mengurangkan lagi pengeluaran sebanyak 250,000 tong bagi pihak Mexico dan Mexico hanya perlu mengurangkan pengeluaran sebanyak 100,000 tong sehari.

Perhatian kini tertumpu kepada persidangan antara menteri tenaga G-20, di mana OPEC + berharap dapat memperoleh komitmen untuk pengurangan pengeluaran sebanyak 5 juta tong sehari sebagai tambahan kepada pengurangan awal 10 juta dalam pengeluarannya sendiri seperti yang dicadangkan semalam.

Presiden Russia, Putin menyatakan beliau melihat perjanjian OPEC+ sebagai “sangat positif” dan suatu perjanjian kompromi yang akan memberi impak positif dalam menstabilkan pasaran global.

See also
Berita Ekonomi Penting Minggu Ini (27 Oktober - 2 November 2024)

Daftar Akaun Anda Di Sini

Latest News

Daftar Akaun Anda Di Sini