Trade Forex Perlu Full Time?

Ramai forex trader yang memasang impian untuk menjadi seorang Full Time Trader atau FTT kerana ia memberikan kebebasan untuk trade pada bila-bila masa sahaja.

Adakah perlu untuk menjadi Full Time Trader (FTT) untuk berdagang forex?

Terdapat banyak forex trader yang berimpian untuk menjadi FTT kerana ia memberikan kebebasan untuk berdagang pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, pendapat saya adalah tidak perlu terlalu memberikan tekanan pada diri untuk menjadi FTT sebaik sahaja belajar berdagang forex. Ini kerana proses untuk menjadi trader yang berjaya secara konsisten memerlukan masa yang panjang.

Pada masa saya belajar berdagang forex 9 tahun yang lalu, saya juga pernah membuat keputusan yang terlalu tergesa untuk berhenti bekerja walaupun saya belum berjaya secara konsisten. Pada masa itu, saya baru sahaja memulakan pembelajaran dan dalam tempoh 2 minggu pertama, akaun demo saya berjaya menghasilkan keuntungan yang cukup lumayan. Namun, modal saya pada masa itu hanya sebanyak $1000 dan impian saya adalah untuk menarik keuntungan sebanyak $500 setiap bulan. Saya masih belum memahami sepenuhnya permainan psikologi dalam berdagang forex, sehingga hasrat ini agak mustahil untuk dicapai pada masa itu. 

Jadi apakah kriteria yang anda perlu penuhi untuk menjadi seorang full time trader?

Modal Perlu Mencukupi

Sebagai seorang FTT, anda akan berhenti bekerja dan kehilangan sumber pendapatan utama. Oleh itu, anda perlu mempertimbangkan berapa banyak perbelanjaan dan komitmen bulanan anda sekarang dan adakah hasil dagangan anda dalam setahun yang lalu cukup untuk membiayai perbelanjaan bulanan anda. Tanyalah pada diri sendiri, adakah anda mampu bertahan dan mengekalkan gaya hidup yang sedia ada tanpa bergantung pada gaji bulanan? Jika belum, biarlah hasrat untuk menjadi FTT terbantut dahulu.

Forex trading tidak jauh berbeza dengan bidang usahawan seperti menjual burger atau cucur pisang kerana kita tidak dapat menjangkakan berapa banyak sales yang akan diperolehi pada setiap masa. 

Cuba lihat berapa peratus keuntungan yang anda dapat setiap bulan. Memang betul past performance tidak boleh digunakan untuk menjangka future results, tetapi ia akan memberi serba sedikit gambaran berapa purata pendapatan yang anda mungkin boleh perolehi dari forex trading. 
 
Kita sedia maklum bahawa forex trading merupakan industri yang berisiko dan anda mempunyai kemungkinan untuk menghadapi drawdown yang tinggi untuk satu jangka masa yang panjang. Jangan hairan jika anda bakal menghadapi losing streak berpanjangan.
 
Jika pendapatan anda belum dapat menampung perbelanjaan anda, mungkin anda boleh tangguh dahulu hasrat untuk berhenti kerja.

Anda Telah Meluangkan Banyak Masa Trade Secara Live

Jika seorang juruterbang perlu meluangkan masa berlatih menggunakan simulasi sebelum boleh membawa pesawat sebenar, forex trader juga harus memiliki pengalaman secukupnya trade forex secara live sebelum berkira-kira untuk menjadi seorang FTT.
 
Trading psikologi semasa trade live jauh berbeza jika dibandingkan dengan akaun demo. Lagipun, pasaran forex mempunyai kitarannya yang tersendiri dan setiap kitaran tersebut mempunyai sifatnya yang tersendiri.
 
Contohnya, jika sesuatu currency pair dalam keadaan trending, sama ada bullish atau bearish, trader yang menggunakan zon support dan resistance sebagai titik entry dan stop loss mungkin akan menghadapi kesukaran dalam trade; manakala jika currency pair bergerak secara sideways, maka trader yang menggunakan moving average untuk mengenalpasti trend pasaran pula yang akan terciduk.
 
Pastikan anda jaga MM dan gunakan lot saiz yang bersesuaian untuk mengelakkan diri dari mengalami kerugian besar jika trade dalam keadaan pasaran yang tidak sesuai dengan teknik anda.

Adakah Anda Perlu Withdraw Setiap Bulan?

Jika anda perlu membelanjakan RM3,000 sebulan, adakah anda perlu bergantung sepenuhnya dari akaun trading anda untuk perbelanjaan? Dalam forex trading, saiz akaun yang besar adalah merupakan leverage untuk anda menghasilkan keuntungan yang lumayan.
 
Biarkan keuntungan terkumpul di dalam akaun secara jangka panjang dan ubah saiz lot berdasarkan baki akaun atau ekuiti anda, maka akaun anda berpotensi untuk menghasilkan profit yang lebih besar untuk bulan-bulan seterusnya.

Adakah Anda Rasa Bersemangat Setiap Kali Buka MT4?

Selain itu, sebagai seorang FTT, anda mungkin akan meluangkan lebih banyak masa di hadapan metatrader 4 (MT4). Adakah anda lebih berminat untuk membuka MT4 berbanding meluangkan masa menonton sinetron? Jika anda jawab ya, anda boleh pertimbangkan untuk memulakan kareer sebagai FTT. 

See also
Cara Menggunakan Meta Trader 4 Beserta Penerangan Bergambar

Kesimpulan

Sebenarnya, anda tidak perlu trade forex secara full time untuk berjaya dalam bidang ini. Malahan, ramai forex trader yang saya kenal mempunyai kareer dalam bidang yang mereka sukai dan mampu memperolehi pendapatan yang lumayan walaupun hanya trade forex secara part time.
 
Persoalannya sebenarnya adalah, berapa jumlah wang, masa dan usaha yang anda sanggup laburkan untuk meningkatkan kemahiran anda supaya dapat menjadi forex trading sebagai sebuah kareer.

Daftar Akaun Anda Di Sini

Latest News

Daftar Akaun Anda Di Sini